Khamis, 8 Mac 2012

INOVASI BBT

Buku Rujukan Guru Online-Vle Frog
Unit SPBT SK Taman Bunga Raya 1, menggunakan peluang kemudahan ict yang terdapat pada masa kini untuk memudahkan guru-guru mendapatkan bahan dari Buku Panduan Guru yang terdapat di Bilik SPBT. Selain daripada meminjam Buku Panduan Guru, guru juga boleh memuat turun bahan dari Buku Panduan guru Online di Vle-Frog.


Sistem Perpuluhan Dewey
Unit SPBT mengambil pendekatan untuk menggunakan sistem yang sama digunakan oleh Pusat Sumber Sekolah dalam mengklasifikasikan jenis-jenis buku.

eMATEKS

                eMATEKS adalah singkatan kepada 'elektronik mantau buku teks' yang merupakan program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Tugas dan tanggungjawab sekolah adalah untuk memasukkan maklumat pesanan dan penerimaan buku SPBT bersandarkan Sijil Akuan Penerimaan/Invois ke dalam sistem eMATEKS.
                SK Taman Bunga Raya 1, sentiasa mengemaskini data eMateks dan memastikan data yang dinyatakan adalah betul mengikut prosedur yang ditetapkan. Semua penerimaan buku teks dan pesanan buku baru dikemaskini dengan betul.




SISTEKS
               SISTEKS ialah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah. Objektif SISTEKS adalah untuk mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien.
                SK Taman Bunga Raya 1, telah menggunakan Sisteks sejak ia diperkenalkan. Kini Sisteks telah ditukar kepada sistem yang baru iaitu Sisteks2.0 dan kami meneruskan penggunaannya secara berperingkat.

Selasa, 6 Mac 2012

DASAR KELAYAKAN SPBT

Pada 7 September 2007, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan  anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan SMAR berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008 (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007.

AKTIVITI KECERIAAN


KECERIAAN DI DALAM BILIK BOSS



MENGEMASKINI FAIL SPBT







LAMAN SPBT

LATAR BELAKANG


SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. SPBT di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 bermula pada Januari, 2003 serentak dengan bermulanya tahun pertama sekolah dibuka.
Pada tahun pertama, bekalan buku teks untuk murid dibawa dari sekolah asal masing-masing. Bekalan buku kurang pula dibekalkan oleh Stor Pusat Daerah Hulu Selangor.
Matlamat Pemberian SPBT
-          Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang   kurang mampu.
-          Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka