Sabtu, 20 April 2013

VISI, MISI DAN SLOGAN SPBT SEKOLAH

VISI
MENGAMALKAN SISTEM PENGURUSAN 
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 
YANG CEMERLANG DAN BERKUALITI.


MISI
SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENGUPAYAKAN 
SISTEM PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
YANG BERKUALITI DAN BERTERASKAN KEPADA 
DASAR KELAYAKAN SPBT.


SLOGAN
SENTIASA PRIHATIN, BUKU TEKS TERJAMIN

BUKU RUJUKAN GURU ONLINE

OPS BALUT 2013

LOGO SPBT SEKOLAH


LOGO SPBT TERKINI 2015
Unit SPBT membuat penambahbaikan logo SPBT Sekolah dalam usaha memberi nafas baru dan semangat berterusan dalam memastikan pengurusan BOSS berjalan lancar dan cemerlang.
LOGO SPBT SEJAK 2003

LAGU SPBT SEKOLAH



Tanpamu buku, maka kelamlah daku,
Meraba di dalam, kelam kegelapan,
Meratap di dalam, kesepian mendambakan ilmu.

Hadirmu seumpama sejuta rahmat,
Menyinar, menyuluh dan juga menerangi, 
 Insan yang mencari-cari berjuta pengetahuan.


c/o
Marilah rakan kita hargai,
Buku SPBT, yang telah diberi,
Jagailah, rakan kita sayangi,
Terima kasih SPBT, 
Lahirkanlah, insan yang dibanggai.


Gunakan SPBT setiap masa,
Gunakan SPBT dengan bijaknya,
Hargailah rahmat yang diberi,

Umpama barang sendiri, 
Pastikanlah ilmu yang dicari,

Dipelajari, moga diberkati.

Khamis, 8 Mac 2012

INOVASI BBT

Buku Rujukan Guru Online-Vle Frog
Unit SPBT SK Taman Bunga Raya 1, menggunakan peluang kemudahan ict yang terdapat pada masa kini untuk memudahkan guru-guru mendapatkan bahan dari Buku Panduan Guru yang terdapat di Bilik SPBT. Selain daripada meminjam Buku Panduan Guru, guru juga boleh memuat turun bahan dari Buku Panduan guru Online di Vle-Frog.


Sistem Perpuluhan Dewey
Unit SPBT mengambil pendekatan untuk menggunakan sistem yang sama digunakan oleh Pusat Sumber Sekolah dalam mengklasifikasikan jenis-jenis buku.

eMATEKS

                eMATEKS adalah singkatan kepada 'elektronik mantau buku teks' yang merupakan program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Tugas dan tanggungjawab sekolah adalah untuk memasukkan maklumat pesanan dan penerimaan buku SPBT bersandarkan Sijil Akuan Penerimaan/Invois ke dalam sistem eMATEKS.
                SK Taman Bunga Raya 1, sentiasa mengemaskini data eMateks dan memastikan data yang dinyatakan adalah betul mengikut prosedur yang ditetapkan. Semua penerimaan buku teks dan pesanan buku baru dikemaskini dengan betul.




SISTEKS
               SISTEKS ialah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah. Objektif SISTEKS adalah untuk mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien.
                SK Taman Bunga Raya 1, telah menggunakan Sisteks sejak ia diperkenalkan. Kini Sisteks telah ditukar kepada sistem yang baru iaitu Sisteks2.0 dan kami meneruskan penggunaannya secara berperingkat.

Selasa, 6 Mac 2012

DASAR KELAYAKAN SPBT

Pada 7 September 2007, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2008 telah mengumumkan peluasan pemberian buku teks SPBT kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan  anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan SMAR berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008 (rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007.