Khamis, 8 Mac 2012

INOVASI BBT

Buku Rujukan Guru Online-Vle Frog
Unit SPBT SK Taman Bunga Raya 1, menggunakan peluang kemudahan ict yang terdapat pada masa kini untuk memudahkan guru-guru mendapatkan bahan dari Buku Panduan Guru yang terdapat di Bilik SPBT. Selain daripada meminjam Buku Panduan Guru, guru juga boleh memuat turun bahan dari Buku Panduan guru Online di Vle-Frog.


Sistem Perpuluhan Dewey
Unit SPBT mengambil pendekatan untuk menggunakan sistem yang sama digunakan oleh Pusat Sumber Sekolah dalam mengklasifikasikan jenis-jenis buku.

eMATEKS

                eMATEKS adalah singkatan kepada 'elektronik mantau buku teks' yang merupakan program pemantauan penerimaan dan pembayaran buku teks secara online. Tugas dan tanggungjawab sekolah adalah untuk memasukkan maklumat pesanan dan penerimaan buku SPBT bersandarkan Sijil Akuan Penerimaan/Invois ke dalam sistem eMATEKS.
                SK Taman Bunga Raya 1, sentiasa mengemaskini data eMateks dan memastikan data yang dinyatakan adalah betul mengikut prosedur yang ditetapkan. Semua penerimaan buku teks dan pesanan buku baru dikemaskini dengan betul.




SISTEKS
               SISTEKS ialah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah. Objektif SISTEKS adalah untuk mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien.
                SK Taman Bunga Raya 1, telah menggunakan Sisteks sejak ia diperkenalkan. Kini Sisteks telah ditukar kepada sistem yang baru iaitu Sisteks2.0 dan kami meneruskan penggunaannya secara berperingkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan